Friday, August 16, 2013

BAGAIMANA CARA MENGAKTIFKAN ROH



Bagaimana nak aktifkan ROH atau dengan kata-kata yang lain untuk aktifkan hati.

Apa perlunya kita memperjuangkan roh atau kita aktifkan roh? Bagi mengaktifkan roh kita kena tahu apa yang menjadi keperluannya atau makanannya.

Marilah kita sama-sama mengkaji supaya kita sentiasa memikirkan dan berusaha menjaganya. Supaya bila diuji dengan segala bentuk, hati yang telah bersedia atau roh yang telah aktif ini, sentiasa dipandu untuk bertindak dan berperasaan. Supaya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan dan tindakan-tindakan mereka yang telah kecundang; seperti TH dan GBA yang lalai dan cuai mengambil berat tentang perkara hati atau soal roh ini.

Dalam Islam kita diminta untuk menjaga akal dengan diberi makanannya iaitu ilmu, menjaga fizikal dengan diberi makanannya iaitu nasi, roti dan lain-lain, dan makanan roh atau hati ialah zikrullah sebagaimana disebutkan dalam al-quran :

 الا بذكرالله تطمئن القلوب
"ketahui olehmu dengan mengingati Allah hati menjadi tenang".



Hati atau roh juga boleh dikiaskan sebagai sistem enjin kereta. Nak hidupkan hati macamlah nak hidupkan sistem enjin kereta. Mula-mula perlu bateri kereta. Bila dah hidup perlu minyak untuk aktif bergerak. Bateri perlu dijaga dan jangan disalahgunakan. Bagaimana mahu menjaga supaya tidak disalah guna?

Umum kita tahu sebuah kereta, secanggih mana pun kalau tidak ada bateri, tidak akan boleh bergerak, kerana bateri itu salah satu komponen utama dalam sistem enjin kereta. Tanpa bateri, sistem enjin tidak boleh dihidupkan walaupun minyaknya penuh. Atau kalau bateri ada tapi lemah pun tetap tidak boleh 'start'.

Cara menjaganya ialah; kalau bateri itu jenis sel basah, kita periksa airnya. Kalau kurang kenalah ditambah. Tengok tarikh luputnya bila. Jangan biarkan lampu menyala atau apa-apa alatan lain dihidupkan jika enjin tidak bergerak. Kalau lampu menyala sentiasa, tidak ikut keperluannya samada siang atau malam, boleh melemahkan bateri. Begitulah yang lain-lainnya.

Begitulah ibaratnya hati. Demi menjaganya, perlu pelihara hal-hal yang berkaitan dengan sistem hati itu. Contoh, mata kena jaga pandangan. Jangan tengok maksiat dan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Telinga, jangan mendengar perkara yang sia-sia lebih-lebih lagi yang haram. Begitulah mulut dan lain lain anggota badan kita. Anggota-anggota badan itu ada kaitan dengan sistem hati.

Ketahuilah! Orang mukmin, sangat menjaga roh mereka. Bagaimana mahu mengaktifkan roh sekiranya perkara-perkara yang berkaitan dengan roh tidak dijaga? Ibarat kereta, bagaimana mahu enjin dihidupkan kalau bateri lemah atau tidak dijaga?

Kalau tidak dijaga bateri jiwa ini, bagaimana kereta perjuangan mahu digunakan? Bagaimana mahu melepasi lopak-lopak ujian, lubang-lubang dan perangkap dalam perjuangan? Hebat dan canggih sekalipun persediaan, bateri tidak dijaga, akhirnya semuanya sia-sia. Apalah nak dibangga-banggakan dengan harga kereta yang mahal, enjin yang canggih, tapi bateri tiada atau lemah keadaannya.

Sepertilah TH dan GBA bangga-banggakan dengan ANGKA TT yang besar, tapi banyak perkara terabai. TH lebih membelek team elitnya, sedangkan anak-anak buah sebelum ini perlukan kehadiran TH dalam memberikan kekuatan pada mereka. Rupanya TH lupa menjaga hati-hati mereka, kerana hati TH pun sudah terlalu lemah dengan mursyid. Ibarat bateri kereta yang tidak dijaga dan tak terhubung dengan komponen-komponen yang lain, bagaimana mahu menggerakkan sebuah kereta walaupun kereta itu secanggih-canggih kereta?

Demi menjaga hati, Abuya telah pun memberikan panduan dan bimbingan, didikan dan pengajaran buat kita. Apabila kita ikut panduan dan bimbingan dari mursyid dan lakukan amalan tambahan iaitu pakej harian dengan zikir agung, dan setiap malam Jumaat dan malam Isnin iaitu membaca Dibae dan juga membaca Berzanji, semuanya menekankan persoalan rohaniah. Supaya roh kita subur atau diberi makan dengan zikrullah.

Zikrullah yang benar-benar dirasa, bukan setakat di mulut dan di akal. Nak dapat zikrullah rasa itu perlu latihan, perjuangan, pengorbanan, ujian, dan lain lain langkah praktikal yang dipandu oleh mursyid. Agenda utamanya adalah melawan nafsu habis-habisan. Kerana roh dan nafsu tak akan duduk sekali.

Apabila hati atau roh telah diberi makan atau telah disuburkan maka akan terbina sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan akan dapat membuang sifat-sifat mazmumah ( terkeji ) yang ada dalam diri manusia yang bertapak pada roh manusia.

Apabila roh telah dijaga, peranannya sangat luar biasa. Ia menjadikan seseorang itu terhubung dengan Tuhannya. Hatinya, perasaannya, fikirannya, tindakannya, sangat terhubung dengan Tuhan.

"Bila telah menjadi orang ROH atau dengan kata-kata yang Allah sebut dalam Quran iaitu menjadi orang yang bertaqwa atau menjadi orang yang beriman, maka layaklah mendapat bantuan Allah."

Dalam Islam Allah hanya membantu atas dasar Taqwa, perkara ini Allah sebut dalam Al-Quran sebagaimana firmannya:

والله ولي المتقين
"..dan Allah pembela orang-orang bertaqwa"

Dalam ayat yang lain ada disebutkan:

والله ولي الموئمنين
"..dan Allah adalah pembela bagi orang yang beriman"

Tidak ada Allah mengatakan untuk membantu atau menolong orang Islam. Para wali adalah kekasih-kekasih Allah, termasuk dalam golongan yang sangat hampir dengan Allah ( Muqarrabin ). Firman Allah :

الا ان اولياء الله لاخوف عليهم ولاهم يحزنون
"Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah mereka tidak takut dan tidak berdukacita."

Allah perjelaskan lagi dalam hadis Qudsi yang bermaksud:

اتقوا فراسة المؤمن، فإنه ينظر بنور الله
"Takutilah firasat orang mukmin, kerana dia melihat dengan cahaya (pandangan) Allah".

Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah bilamana menghina mereka bererti juga menghina Allah. Sebab itu Allah juga berfirman dalam hadis qudsi yang lain:


من أذاني وليا فأذنته بالحرب
"Barang siapa memusuhi wali-KU, maka AKU akan mengistiharkan perang terhadapnya."

Rasulullah ingatkan lagi senjata yang bersifat rohaniah ialah doa :

الدعاء صلاح المؤمنين
"Doa adalah senjata orang mukmin"


Dalam tahlil, kita membaca dan menyebut :

رجال الله ٢ ياهو أغيثونا لاجل الله يا هو
"wahai orang Allah bantulah kami kerana Allah."


Jadi jelaslah disini bahawa mengapa perlu roh atau hati dihidupkan atau diaktifkan. Kerana pandangan Tuhan kepada hamba-hambanya ialah pada hatinya atau rohnya. Untuk mendapatkan pertolongan Tuhan juga, perkara yang dilihat Tuhan ialah bagaimana hati seseorang hamba atau rohnya. Kerana itulah syarat untuk mendapatkan bantuan-Nya, hati yang rasa sebenar-benar hamba.

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan . .
semoga ia menjadi manfaat bagi kite sebagai seorang islam sejati, bukan islam berdasarkan keturunan @ nama semata2..
insyallah

posted by : rischa
sumber : Haramain

Wednesday, August 14, 2013

ZAMAN IMAM MAHDI ADALAH ZAMAN TEKNOLOGI ROH MENUTUP JASAD.


Pada hari ini, huru hara, perperangan di mana-mana. Apa yang digambarkan oleh Rasulullah saw telah menjadi kenyataan. Umat Islam berperang sesama sendiri, musuh Islam dijadikan kawan, ulama-ulama diperangi. Perperangan yang tidak terhenti, seperti ribut yang tidak bermusim, bahkan berpanjangan. Ianya berlaku antara kerajaan dengan rakyatnya dan rakyat sesama sendiri.

Perperangan antara kerajaan Syiria dan rakyatnya, begitu juga krisis dan kemelut sedang bergolak di Iraq, di Mesir di Mali, Somalia, bahkan semua negara negara Arab tidak terkecuali. Terkini sedang melarat ke Arab Saudi. Penanda dari Kerajaan Ajaib tentang kedatangan pemimpin penyelamat itu, dia sudah sangat hampir. Jelas semua orang sedang merindukan penyelamat.
Hanya pemimpin yang Tuhan datangkan sahaja yang mampu menangani kemelut yang sedang berlaku di dunia hari ini.

Zaman Imam Mahdi as, akan mempunyai 'Teknologi Roh Menutup Jasad', bukan seperti teknologi macam sekarang. Sebelum ini pernah Bonda Ummu berkata tentang hal ini, hal RSA punyai 'Teknologi Roh Menutup Jasad'. Bagi yang berlurus hati akan terima sahaja tanpa banyak soal dan akan direzkikan pengalaman mengenainya.

Apa itu Teknologi Roh Menutup Jasad ini?

Ia adalah teknologi yang Allah berikan hanya kepada orang yang bertaqwa. Mengimbau kembali perjuangan Abuya di awal 70an, Abuya kerap kuliahkan hadis-hadis tentang akhir zaman. Ketika itu belum ada iPad atau kemudahan alat-alat IT seperti sekarang. Hanya pen dan pensil serta kertas. Itupun bukan seperti pen dan kertas sekarang. Bagi membantu hafalan maka ditulis di manila kad dan ditampal pada dinding-dinding. Maka penuhlah di dinding rumah Abuya dengan carta dan hadis-hadis akhir zaman.

Mengenai Teknologi Roh Menutup Jasad ini, Abuya kata ia ibarat burung di dalam sangkar. 

Sabda Nabi saw:
الدنيا شجن المؤمنين
“Dunia itu penjara bagi orang mukmin”

Ertinya, ia ibarat seekor burung yang dikurung di dalam sangkar. Sangkar yang dimaksudkan ini ialah jasad. Badan yang roh diletakkan di dalamnya. Bilamana roh berada di dalam jasad, maka ia terikat dengat peraturan dan disiplin yang telah disyariatkan.

Namun bagi orang yang bertaqwa, bila roh telah mencapai makam yang lebih tinggi, diibaratkan seperti burung yang mampu terbangkan sangkarnya. Jadi tak hairanlah bilamana mendengar kisah-kisah orang soleh, mereka boleh berada di beberapa tempat pada masa yang sama. Kerana roh mereka sudah menguasai jasad.

Abuya pernah sampaikan kepada kita, perkara yang tidak logik akan terjadi dan berlaku dengan nyata. Ketika zaman Imam Mahdi, ia adalah kemuncak teknologi roh dan material. Di zaman itu, kita diberi subsidi iman dan subsidi melawan hawa nafsu kerana berkat beliau.

Ketika itu pergerakan dan perjalanan perjuangan kita dibantu dengan karomah Imam Mahdi. Pada masa itu, berjalan atau bergerak bukan dengan cara sekarang. Ia berlaku dengan faktor bersandar kepada karomah. Dengan berkat amalan yang diberikan Sayyidi kepada kita, akan berlaku pengulangan sejarah, seperti berjalan di atas air, bukan dengan kaki sendiri sahaja bahkan dengan berkuda. Akan berlaku pengulangan sejarah yang terjadi kepada tentera Muhammad Al-Fateh, yang mampu mengangkat kapal hanya dengan tangan dan kaki sahaja. Ini semua terjadi bilamana roh manusia mencapai makam yang istimewa di sisi Allah.
Bahkan, kata baginda saw, tentera Imam Mahdi makanannya adalah zikir!

Sekarang ini kita hanya bersandar dengan usaha lahir, yang sangat terhad. Sabda Nabi lagi, bumi akan dilipat-lipatkan untuk kemudahan Imam Mahdi dan orang-orangnya. Perjalanan yang jauh menjadi dekat, kerana At-Thoyulardhi (الطي الأرض) yang bermakna bumi dilipatkan. Jasad kita ketika ini terikat dengan bumi, tak dapat melawan graviti. Ini kerana roh masih diperingkat muslim awam, iman cukup makan. Namun kepada mereka yang dikurniakan roh yang hebat ini, bukan sahaja tidak terikat dengan tempat, malah masa juga boleh dilaluinya, samada ke depan atau masa silam.

Pernah berlaku kepada Imam Syafie, menunjukkan betapa beliau bukan orang biasa-biasa. Dia telah menyelamatkan ibunya yang ketika itu ibunya belum pun berkahwin bahkan masih remaja. Ini telah tercatat dalam sejarah. Berlaku juga kepada sahabat dan para salafussoleh akan hal-hal yang luar biasa ini.

"Teknologi ini sangat berkait dengan insaniah manusia."

Bila nafsu, ego, dan maksiat menguasai, maka roh tak mampu mengusai teknologi ini. Hati-hati yang telah disucikan dan dibersihkan, akan membentuk roh yang cukup kuat. Apa yang Tuhan berikan ini adalah satu keperluan bagi orang bertaqwa. Seperti yang berlaku kepada para sahabat, bila iman sudah utuh, fizikal disiksa dengan sebegitu dahsyat tapi tidak memberi kesan kepada hati mereka. Bahkan semakin kuat keyakinan mereka.

Roh yang telah disucikan, ia tidak terikat dengan dunia. Maka berlakulah Khawarikul Adah kepada mereka. Bantuan Allah yang berlaku adalah diluar logik akal. Akan berulanglah sejarah Saidina Omar dan Sariah yang berhubung dari jarak jauh. Seorang di Madinah dan seorang lagi di Palestin, namun tetap boleh berkomunikasi satu sama lain. 

Akan berlakulah seperti yang terjadi ketika para sahabat membuka Mesir, dengan takbir tiga kali sahaja Mesir menyerah diri kepada Islam! Begitulah dalam hal-hal lain, apa yang diperlukan akan dibantu secara luar biasa atau Khawarikul Adah.


Inilah teknologi para wali. Ini adalah penjelasan dalam tingkatan paling rendah dari Teknonogi Roh Menutup Jasad ini. Moga bertambah lagi khazanah ilmu kita supaya makin kuat lagi berjuang demi kebangkitan Islam kedua ini.

Ini sebagai peringatan kepada semua termasuk diri aku sendiri yang ada kalanya lalai..

Posted by; Rischa
credit to; suara haramain


! ! ! ! Remaja ! ! ! !: GHOST 2012 KOREAN DRAMA PART 2 STORY

! ! ! ! Remaja ! ! ! !: GHOST 2012 KOREAN DRAMA PART 2 STORY: Assalamualaikum and Hello Guys ! Di malam yang sunyi sepi nie, mmg sesuai untuk aku menulis blogger nie. Bly la dapat banyak idea. ....