Pada hari ini, huru hara, perperangan di mana-mana. Apa
yang digambarkan oleh Rasulullah saw telah menjadi kenyataan. Umat Islam
berperang sesama sendiri, musuh Islam dijadikan kawan, ulama-ulama diperangi.
Perperangan yang tidak terhenti, seperti ribut yang tidak bermusim, bahkan
berpanjangan. Ianya berlaku antara kerajaan dengan rakyatnya dan rakyat sesama
sendiri.
Perperangan antara kerajaan Syiria dan rakyatnya, begitu
juga krisis dan kemelut sedang bergolak di Iraq, di Mesir di Mali, Somalia,
bahkan semua negara negara Arab tidak terkecuali. Terkini sedang melarat ke
Arab Saudi. Penanda dari Kerajaan Ajaib tentang kedatangan pemimpin penyelamat
itu, dia sudah sangat hampir. Jelas semua orang sedang merindukan penyelamat.
Hanya pemimpin yang Tuhan datangkan sahaja yang mampu
menangani kemelut yang sedang berlaku di dunia hari ini.
Zaman Imam Mahdi as, akan mempunyai 'Teknologi Roh
Menutup Jasad', bukan seperti teknologi macam sekarang. Sebelum ini pernah
Bonda Ummu berkata tentang hal ini, hal RSA punyai 'Teknologi Roh Menutup
Jasad'. Bagi yang berlurus hati akan terima sahaja tanpa banyak soal dan akan
direzkikan pengalaman mengenainya.
Apa itu Teknologi Roh Menutup Jasad ini?
Ia adalah teknologi yang Allah berikan hanya kepada orang
yang bertaqwa. Mengimbau kembali perjuangan Abuya di awal 70an, Abuya kerap
kuliahkan hadis-hadis tentang akhir zaman. Ketika itu belum ada iPad atau
kemudahan alat-alat IT seperti sekarang. Hanya pen dan pensil serta kertas.
Itupun bukan seperti pen dan kertas sekarang. Bagi membantu hafalan maka
ditulis di manila kad dan ditampal pada dinding-dinding. Maka penuhlah di
dinding rumah Abuya dengan carta dan hadis-hadis akhir zaman.
Mengenai Teknologi Roh Menutup Jasad ini, Abuya kata ia
ibarat burung di dalam sangkar.
Sabda Nabi saw:
”الدنيا شجن المؤمنين“
“Dunia itu penjara bagi orang mukmin”
Ertinya, ia ibarat seekor burung yang dikurung di dalam
sangkar. Sangkar yang dimaksudkan ini ialah jasad. Badan yang roh diletakkan di
dalamnya. Bilamana roh berada di dalam jasad, maka ia terikat dengat peraturan
dan disiplin yang telah disyariatkan.
Namun bagi orang yang bertaqwa, bila roh telah mencapai
makam yang lebih tinggi, diibaratkan seperti burung yang mampu terbangkan
sangkarnya. Jadi tak hairanlah bilamana mendengar kisah-kisah orang soleh,
mereka boleh berada di beberapa tempat pada masa yang sama. Kerana roh mereka
sudah menguasai jasad.
Abuya pernah sampaikan kepada kita, perkara yang tidak
logik akan terjadi dan berlaku dengan nyata. Ketika zaman Imam Mahdi, ia adalah
kemuncak teknologi roh dan material. Di zaman itu, kita diberi subsidi iman dan
subsidi melawan hawa nafsu kerana berkat beliau.
Ketika itu pergerakan dan perjalanan perjuangan kita
dibantu dengan karomah Imam Mahdi. Pada masa itu, berjalan atau bergerak bukan
dengan cara sekarang. Ia berlaku dengan faktor bersandar kepada karomah. Dengan
berkat amalan yang diberikan Sayyidi kepada kita, akan berlaku pengulangan
sejarah, seperti berjalan di atas air, bukan dengan kaki sendiri sahaja bahkan
dengan berkuda. Akan berlaku pengulangan sejarah yang terjadi kepada tentera
Muhammad Al-Fateh, yang mampu mengangkat kapal hanya dengan tangan dan kaki
sahaja. Ini semua terjadi bilamana roh manusia mencapai makam yang istimewa di
sisi Allah.
Bahkan, kata baginda saw, tentera Imam Mahdi makanannya
adalah zikir!
Sekarang ini kita hanya bersandar dengan usaha lahir,
yang sangat terhad. Sabda Nabi lagi, bumi akan dilipat-lipatkan untuk kemudahan
Imam Mahdi dan orang-orangnya. Perjalanan yang jauh menjadi dekat, kerana
At-Thoyulardhi (الطي الأرض) yang bermakna bumi dilipatkan. Jasad kita ketika ini
terikat dengan bumi, tak dapat melawan graviti. Ini kerana roh masih
diperingkat muslim awam, iman cukup makan. Namun kepada mereka yang dikurniakan
roh yang hebat ini, bukan sahaja tidak terikat dengan tempat, malah masa juga
boleh dilaluinya, samada ke depan atau masa silam.
Pernah berlaku kepada Imam Syafie, menunjukkan betapa
beliau bukan orang biasa-biasa. Dia telah menyelamatkan ibunya yang ketika itu
ibunya belum pun berkahwin bahkan masih remaja. Ini telah tercatat dalam
sejarah. Berlaku juga kepada sahabat dan para salafussoleh akan hal-hal yang
luar biasa ini.
"Teknologi ini sangat berkait dengan insaniah
manusia."
Bila nafsu, ego, dan maksiat menguasai, maka roh tak
mampu mengusai teknologi ini. Hati-hati yang telah disucikan dan dibersihkan,
akan membentuk roh yang cukup kuat. Apa yang Tuhan berikan ini adalah satu
keperluan bagi orang bertaqwa. Seperti yang berlaku kepada para sahabat, bila
iman sudah utuh, fizikal disiksa dengan sebegitu dahsyat tapi tidak memberi
kesan kepada hati mereka. Bahkan semakin kuat keyakinan mereka.
Roh yang telah disucikan, ia tidak terikat dengan dunia.
Maka berlakulah Khawarikul Adah kepada mereka. Bantuan Allah yang berlaku
adalah diluar logik akal. Akan berulanglah sejarah Saidina Omar dan Sariah yang
berhubung dari jarak jauh. Seorang di Madinah dan seorang lagi di Palestin,
namun tetap boleh berkomunikasi satu sama lain.
Akan berlakulah seperti yang
terjadi ketika para sahabat membuka Mesir, dengan takbir tiga kali sahaja Mesir
menyerah diri kepada Islam! Begitulah dalam hal-hal lain, apa yang diperlukan
akan dibantu secara luar biasa atau Khawarikul Adah.
Inilah teknologi para wali. Ini adalah penjelasan dalam
tingkatan paling rendah dari Teknonogi Roh Menutup Jasad ini. Moga bertambah
lagi khazanah ilmu kita supaya makin kuat lagi berjuang demi kebangkitan Islam
kedua ini.
Ini sebagai peringatan kepada semua termasuk diri aku sendiri yang ada kalanya lalai..
Posted by; Rischa
credit to; suara haramain
No comments:
Post a Comment